24 August 2010

Ke manakah cinta kita?

Kisah yang ingin aku kongsi dalam ruangan ini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara..juga bukan kisah cinta sang puteri dengan putera katak..tapi panduan cinta yang Allah titipkan dalam kitabNya yang agung, Al-Quranul Kareem..



Masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini apa yang diperkatakan oleh seorang ust dalam group tadarus aku kat masjid tadi..suatu peringatan yang harus aku kongsikan dengan kalian...surah At-Taubah, ayat 24-26..

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-taubah:24)

Itulah panduan cinta yang Allah berikan pada kita sebagai umat Islam..prioriti yang paling tinggi dalam percintaan..cintakan Allah, Rasulullah s.a.w dan jihad di jalan Allah melebihi segala2nya..jika tidak, usah bertanya mengapa anakmu degil, isterimu durhaka, perniagaanmu rugi dan pelbagai musibah datang menimpa..mungkin itu kerana kita tidak mengikut prioriti cinta yang Allah berikan..

Kita masih berdiam diri dikala orang lain memain2kan hukum Allah..kita masih mampu tersenyum sewaktu rakan2 kita bergurau senda dengan sunnah Rasulullah kerana mahu menjaga hati mereka..kita takut melaksanakan syariat Allah semata2 menjaga periuk nasi kita ..kita masih boleh terlena menutup mata di kala saudara seagama kita bermandikan darah di Palestin..semuanya kita lakukan kerana terlalu cintakan keluarga, harta perniagaan dan perkara2 lain melebihi Allah, Rasulullah dan jihad di jalan Dia..alangkah celakanya kita jika begitu...na'uzubillahi min zalik..

so, beringatlah kawan2ku sekalian..semua yang kita miliki hari ini datangnya daripada Allah..isteri, anak , harta semuanya daripada Allah..lalu mengapa kita harus membelakangkan Allah untuk perkara2 yang datang daripada Dia?..bila2 masa Dia boleh tarik balik nikmat itu..dan bila2 masa Azab dia boleh menimpa kita...sedarlah saudaraku..



seterusnya Allah menyambung lagi pada ayat ke -25,

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
(At-taubah:25)

Kisah ini datang daripada perang Hunain..ketika itu bilangan umat Islam terlalu ramai berbanding musuh yang akhirnya melahirkan rasa riak dan bangga di hati sesetengah pejuang2 Islam..Di sini Allah nak tunjukkan bahawa niat itu penting sekali...walaupun kita melakukan kebaikan, jika tiada niat yang ikhlas semata2 kerana Allah maka sia-sialah perbuatan kita..jangan sesekali timbul perasaan riak dan takabbur kerana sikap itu dekat dengan syirik..so, be honest in all of our actions..lillahi Ta'ala..

ayat terakhir pula Allah tunjukkan bahawa Allah pasti akan membantu mereka yang benar2 berjuang demi Dia dan agama tercinta ini..di kala saat kekalahan terlalu hampir, bantuan Allah tiba jua..bantuan Allah pasti akan tiba jika kita benar2 beramal kerana Dia..

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (At-Taubah:27)

so, you think you can do it?..do it even you think you cant..because Allah know what the best for you and Allah not burden you with something that you cant...juz do it..



sekadar itu sahaja perkongsianku..sila perbetulkan andai ada kesilapan..kerana aku juga insan biasa sepertimu yang tak pernah lari daripada kesilapan..wallahua'lam..

23 August 2010

isnin yang terik

hari isnin. hari yang biasanya tak berapa di sukai oleh orang yang bekerja. aku pun tak tahu kenapa. sebab cuaca terik? hari lain pun sama. tapi aku suka hari isnin. kenapa? hari isnin salah satu hari yang di sunatkan berpuasa. di bulan lainlah. bukan di bulan ramadhan. jadi hari isnin ni aku nak ajak lagi kawan-kawan kenang kembali ingatan yang mungkin kita masih ingat lagi. kenangan apa?

kenangan kita bekerja lapangan. aku tau. ada yang di antara kita yang bekerjaya kena pegi kerja lapangan. sorang-sorang lak tu. ada yang kerja kat lab. tak dapat la kerja lapangan lagi. seronok la kerja lapangan. bagi yang tak tahan air-cond cam aku la. seronok berpeluh sebab dah tak perlu ke gym untuk berpeluh. maknanya tak perlu bayar. jimat duit. kenangan kerja lapangan kita yang pertama. kita ke Bahau dan Segamat.

21 August 2010

hujung minggu yang kedua

salam
hah..arini dah masuk hujung minggu kedua untuk bulan ramadhan. dan seperti minggu lepas. aku tak tahu nak buat apa. jadi terbongkang lah aku untuk masa yang agak lama. tapi takde la sampai separuh hari aku tido. aku tahu kalau tdo lebih separuh hari puasa boleh terbatal dan tak pasal pasal kena ganti balik. bukan tak puasa je kena ganti balik ye.

tak memasal aku melalut. aku nak ajak kawan-kawan yang baca blog ni untuk mengimbau balik kenangan kita masa tahun lepas. ingat tak? kita sama-sama pakat buat majlis hari raya. yang menariknya kita buat juadah kita sendiri. yang tak baik tak payah sebutla kan. hehe. aku sendiri pun da lupa apa nama juadah yang kita sama-sama masak tu. zamzarina yang jadi ketua. masakan beliau memang di puji sedap. tapi macam kebiasaannya jadi ketua ada tekanan. sebenarnya tu la namanya pengalaman dan juga memori untuk masa akan datang.

20 August 2010

KITA

setelah selesai Majlis Konvokesyen ke-38
graduan geologi UKM 07/10 di rai di bangunan Geologi
tempat kita sama-sama belajar dahulu

Konvo: seumpama majlis pengiktirafan kelulusan kita
Skrol: hitam putih yang kita sudah dapat BSc Geologi (Kep).

dan sekarang kemana kita?

02 August 2010

Reminder for Geologist!!

Setelah bersembang dengan teman2 geologist yang lain terutama yang telah memulakan alam kerjaya terdetik hati aku untuk mencoret sedikit tentang cabaran kita sebagai Geologist di lapangan kerjaya. Mungkin macam skema je apa yang aku nak tulis ni. Tapi lantak la apa korang nak cakap. Moga dapat manfaat bersama.

Rata2 kehidupan kerjaya kita adalah kehidupan di site yang tak tahu lagi keadaan dan persekitarannya. Kalau kena macam site aku yang boleh berteduh bawah jambatan ok la. Tapi kalau kena macam Hafiz yang di tengah Padang Pasir?? Memang jadi Bangla la dia.haha.. Apa pulak nasib Din di kawasan bendang bersama Pakistan yang berbau hamis? Mungkin tak seindah geng2 Power Waqi, Hairil, Jambu dan Khai di P.Pinang yang dapat mengecap nikmat aircond di waktu petang. Mungkin dapat serilek ise yang hidup di makmal yang mebosankan. Ke nak dapat site macam alex di hutan mahupun jalan. Tapi yang paling power Fad yang duk terperosok ke dalam hutan..Patut la berhenti kerja..takut dengan nyamuk..hahahaha..

Bukan persoalan tempat yang aku nak ketengahkan. Tapi persoalan mampukah kita menjaga solat di waktu kerja dalam keadaan situasi tempat yang pelbagai? Mungkin ada yang boleh bersolat di surau. Ada pulak yang perlu naik teksi ke surau. Ada juga yang hanya mampu bersolat di atas tanah dan pepasir kuarza je ataupun di atas batuan granite terluluhawa gred 3 dengan 2 set kekar ektensi??hahaha

Alhamdulillah kita 1 kos diprodukkan dari batch yang aku amat hormati. Kita mampu bersolat berjemaah ketika fieldwork time belajar dulu tak kira di tepi Sg Mei, Di perkampungan di tepi Sg Galas, Di tepi Lata Rex yang indah, Di tepi jalan Sam-Dabong tak lupa juga di surau2 dan masjid2 mahupun bilik hotel yang kita jadikan surau untuk batch kita. Tak lupa jugak kat hotel “ape2 hal telpo” kat kuala krai yang kita concuer 1 aras tu dan kita buat ruang depan tu sebagai tempat solat berjemaah.

Mungkin korang tak perasan selain kita pergi fieldwork untuk belajar ambil jurus miring mahupun membuat log batuan yang memeningkan kita juga secara tidak langsung telahpun mengikuti tarbiyah secara tidak langsung. Kita ditarbiyah untuk menjaga solat kita. Ditarbiyah untuk berjemaah dan bersolat di awal waktu. Teringat aku time kat Surau depan Kg ape ek yang ada keropok lekor murah n sedap tu?? Ada yang memuji batch kita yang begitu peka tentang isu solat. Bukan pujian yang melambung2 itu yang kita nak ingati tapi pesoalannya adakah sampai sekarang kita masih ingat segar tentang tarbiyah yang kita telah lalui?? Adakah produk batch kita akan mampu betul2 menjaga solatnya walaupun diceruk mana kita dihumban??

Kini masing telah membawa haluan masing2. rata2 kita diletakkan bersama2 dengan teman yang baru kita kenali. Setakat yang aku dengar setakat ni begitu banyak kita yang bekerja dengan orang MELAYU berbanding bekerja dengan orang ISLAM. Ada yang langsung tak ambil kisah tentang perkara solat tapi mengaku islam. Aku kira untuk diri korang masing2 aku pasti korang mampu menjaga solat. Tapi untuk kawan2 lain tu yang kerja sama2 tu mungkin sukar tapi kalau kita terus melepaskan tanggungjawab kita juga yang berdosa. Apa kita nak jawab kalau kawan kita yang tak solat tu cakap kat tuhan “Dia ni dulu pergi solat tak pernah ajak aku”

Memang korang akan rasa “aku pun tak cukup baik lagi.takkan nak cakap banyak pulak” Ye memang kita tak cukup baik. Tapi kita buat sekadar yang mampu. Sekadar yang boleh. Kalu tak mampu cakap dengan mulut cukuplah sekadar dakwah bil hal. Mana tahu dengan dia tengok kita asyik pergi solat je akan menyebabkan dia pun tergerak sama. Andai ada yang beralasan seluar kotor. Apa salahnya kita bawa kain lebih. Andai ada beralasan tempat tu kotor. Apa salahnya kita bawakan diorang pergi solat dengan kereta2 company yang korang dapat pakai tu? 1 perkara lagi aku tahu, korang rata2 adalah orang yang agak berkuasa di tempat kerja masing2. Kalau ada site yang lunch pukul 12-1 apa salahnya korang suruh tukar jadi pukul 1-2 untuk memberi ruang masa bersolat. Ingatlah hadith ni..

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya (kuasa). Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Tengok.. sekarang tangan tu dah ada dengan korang. So gunakan sebaiknya. Macam mana korang nak olah kuasa tu untuk kebaikan islam tu korang sendiri la fikir. Dah besar pun semuanya.

Sebelum berakhir ingin aku kongsi kisah kat site aku. Yang kerja kat tempat aku ada 2 team. 1 team supervisor dia Cina dan 1 lagi Melayu. Kerap sangat aku dengar bila cina tu takut dapat borehole susah. Dia cakap dia nak sembahyang dan ternyata sememangnya dia sembahyang kat bawah jambatan tu. Bos besar buat jambatan tu yang bina untuk sembahyang setiap hari mohon dipermudahkan kerja diorang. Kat bawah jambatan tu juga ada kuil hindu dan hari2 ada uncle tu datang sembahyang kat kuil dia yang dia jaga rapi. Tapi yang Islam kerja dengan aku hanya menjadikan sembahyang Budha dan Hindu tu sebagai bahan gurauan. “Tan you pergi sembahyang dulu la” Usik seorang pekerja yang MELAYU kat Cina tu bila borehole Cina tu ada masalah. Tapi tak sedar yang borehole dia tu lagi banyak masalah tapi tak reti pulak nak pergi jumpa ALLAH. Malu je aku bila 2 agama lain boleh sembahyang hari2 kat tempat pekerjanya lebih ramai MELAYU tapi tak sembahyang.

Itu site aku. Site korang pulak macam mana? Macam mana pulak korang nak counter dengan pekerja korang? Ke korang nak berlepas tangan je? Atau akan berusaha walau sedikit untuk menyedarkan diorang?

Bersama kita berdoa agar Allah memberi kita kekuatan untuk menjaga tiang agama kita ni disamping berusaha untuk membantu memperbaiki tiang kawan2 kita yang lain. Aku harap sangat tarbiyah yang kita lalui sepanjang 3 tahun kita kat UKM tu akan membuatkan kita lebih kuat untuk menjaga solat. Akhir sekali pesan aku..


“JADILAH ORANG YANG MEMPENGARUHI

BUKAN ORANG YANG DIPENGARUHI”


Wallahualam…

10 June 2010

Demonstrasi Anti-Yahudi

Setelah terbaca post yang bertajuk MARI DEMONSTRASI HARI-HARI . rasa terpanggil untuk aku kongsikan bersama kawan-kawan. mari bersama-sama kita hayati & renung bersama. berikut merupakan artikel beliau:

Sekadar melihat dari sudut yang berbeza. Bukan sengaja atau saja-saja untuk mencipta kelainan, tetapi sedar bahawa setiap kita ada titik buta (blind spot) masing-masing.

Dan perbezaan bukan semestinya satu pertentangan, ia hanya satu fitrah – manusia sentiasa unik. Ya, dari dimensi inilah saya melihat demonstrasi anti-Yahudi yang begitu marak sekarang.

Sejak sama-sama solat hajat di surau untuk ahli kariah kami yang turut berada di atas kapal misi bantuan yang diserang Israel itu, saya terus berfikir. Rasa marah, kecewa tetapi terus mengharap silih berganti dalam diri, yang saya pasti turut dirasai oleh kita bersama.

02 June 2010

~ Misteri Alam Kami ~

Tergamam. Terpampan. Subhanallah. Dalam al Quran, aku tak ingat la betul-betul, tapi lebih kurang ada ayat yang berbunyi yang bumi ini diciptakan dengan disokong oleh pasak-pasak. Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang letaknya jauh di bawah tanah yang komposisi utamanya terdiri daripada batuan-batuan kristal gergasi. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lagi banyak pasak-pasak akan ditemui. Kristal gergasi paling tinggi ialah 10 meter. Bayangkan saiz kristal yang belum dijumpai lagi. Gambaran ini tak ubah seperti rumah Superman dalam filem-filem mahupun cerita drama Smallville. Apa-apa pun, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.