31 August 2009

aku pun tak tahu

sedang aku melayari internet pada hari cuti merdeka ini, tibe-tibe tgn aku gatal pula untuk menaip di laman blog geologist yang aku anjurkan ini. sudah lama aku tinggalkan. terima kasih kepada admin n author yang lain kerana sudi menulis di laman blog ini. dan maafkan aku jika laman blog ini tiada yang menarik. insyaAllah, akan aku ubah lagi. tunggu masa dan ruang mengizinkannya.

sedar tak sedar. semester pertama ini dah nak sampai ke penghujungnya. dah kena buat pengesahan masuk exam dah pun. tapi satu persediaan pun belum lagi aku laksanakan. macam mimpi pun ada. jadi aku disini ingin mengajak kawan-kawan seperjuangan sekalian untuk sama-sama membuat persediaan yang rapi. demi masa depan yang kita sendiri pun masih lagi tidak tahu. namun persediaan kita sebagai perancangan masa depan. yang menentukannya hanya Dia yang Maha Esa.

sedar tak sedar jugak. hari ini telahpun masuk hari ke-10 puasa. alhamdulillah. ibadat puasaku setakat ini tiada mengalami sebarang masalah. dalam menjalani ibadat ini. satu lagi cabaranku. ujian pertengahan semester. berderet-deret. itu yang mampu aku katakan. ada yang aku mampu tersenyum, ada yang aku langsung tak tahu apa yang telah aku jawab. apa yang pasti, aku perlu usaha lebih lagi. insyaAllah.

aku rasa tangan aku sudahpun tahu yang hati aku dah tak dapat memberi ilham kepada otakku untuk menulis dengan lebih panjang lebar. ini adalah limitasiku untuk hari ini. sekian sahaja dariku. salam. =)

1 comments:

Yaya Abu Bakar said...

cam maner nak letak emoticon kat kiternyer blog ek?kiter ni buta IT cket..hehe...