28 March 2011

masyaAllah

rasa terpanggil untuk aku mengingatkan kembali kepada diri aku sendiri dan juga rakan-rakanku.
kali ini untuk mengingatkan tentang penggunaan kalimah masyaAllah.

sering kali kita terdengar kawan-kawan kita, makcik sebelah rumah malah mak kita sendiri pun menyebut kalimah masyaAllah. tapi adakah bersesuaian dengan situasi yang kita alami.

maksud kalimah masyaAllah dalam bahasa melayu ialah
ALLAH YANG MAHA AGUNG.
situasi yang mana sesuai kita menyebutnya?

kalimah masyaAllah ini sesuai digunakan apabila kita melihat sesuatu yang menarik. seperti melihat bayi comel, merasa makanan yang sedap, terbau bau-bauan yang menyegarkan. pendek kata semua yang kita lihat, rasa, nikmati yang semuanya perkara baik dan eloklah kalimah masyaAllah ini digunakan.

dalam situasi yang kurang baik atau kurang menyenangkan lebih sesuai kita melafazkan istighfar iaitu Astagfirrullahalazim bermaksud aku memohon ampun kepadamu Ya Allah.

yang mana salah tolong tegur, yang mana kearah kebaikan sama-sama kita amalkan.

0 comments: