23 August 2010

isnin yang terik

hari isnin. hari yang biasanya tak berapa di sukai oleh orang yang bekerja. aku pun tak tahu kenapa. sebab cuaca terik? hari lain pun sama. tapi aku suka hari isnin. kenapa? hari isnin salah satu hari yang di sunatkan berpuasa. di bulan lainlah. bukan di bulan ramadhan. jadi hari isnin ni aku nak ajak lagi kawan-kawan kenang kembali ingatan yang mungkin kita masih ingat lagi. kenangan apa?

kenangan kita bekerja lapangan. aku tau. ada yang di antara kita yang bekerjaya kena pegi kerja lapangan. sorang-sorang lak tu. ada yang kerja kat lab. tak dapat la kerja lapangan lagi. seronok la kerja lapangan. bagi yang tak tahan air-cond cam aku la. seronok berpeluh sebab dah tak perlu ke gym untuk berpeluh. maknanya tak perlu bayar. jimat duit. kenangan kerja lapangan kita yang pertama. kita ke Bahau dan Segamat.

pagi-pagi lagi. entah berapa haribulan pun aku dah lupa. tapi yang pasti sebelum final exam kita yang pertama. pagi-pagi lagi kita dah berkumpul kat depan bangunan geologi. tunggu bas. masing-masing muka semangat je. tak sabar pun ada. yang tak nak pegi pun ada. takut hitam. jaga kulit. tak kisahlah. sebab tu peribadi masing-masing. kita bertolak pagi tu lebih sikit pukul 9 atau 10. tapi yang pasti pagi dan sampai ke destinasi dalam tengahari.

Hadapan Hotel ACBE(yang perempuan malu-malu time ni)

semua orang ingat nama hotel yang kita stay tu ACBE hotel. walaupun first impression aku "pebenda la nama hotel camni" tapi Alhamdulillah aku tido 1 malam kat hotel tu lena. siap dapat bangun awal lagi. then pagi-pagi lagi dah bangun. semangat kerja lapangan (menuntut ilmu punya pasal). lepas makan-makan barula kita gerak ke destinasi/lokaliti yang seterusnya. kerja lapangan kali pertama tu semuanya Alhamdulillah selamat. tak ada yang cedera. yang demam pun tak ada rasanya. semua sihat.

walaupun hanya dua hari. kita semua keletihan macam seminggu. yela. sebelum mana la pernah pergi kerja lapangan lagi. dan minggu yang seterusnya dah pun masuk minggu ulangkaji.

hah. bahau dan segamat. walaupun hanya sekejap. 2 hari je. itupun kita dah masuk hutan. panjat bukit. syok jugak la untuk 1st timer. kenangan kita bersama yang bukan senang kita lalui bersama lagi. kerana yang semakin jauh dengan kita adalah masa lepas. masa kita bersama. harap jangan di lupakan.

sekian saja dari aku di hari isnin yang terik.

p/s: akusajatakmasukkanlokalitiyangkitalawatsebabakusendiripuntakingathehe.

0 comments: