21 August 2010

hujung minggu yang kedua

salam
hah..arini dah masuk hujung minggu kedua untuk bulan ramadhan. dan seperti minggu lepas. aku tak tahu nak buat apa. jadi terbongkang lah aku untuk masa yang agak lama. tapi takde la sampai separuh hari aku tido. aku tahu kalau tdo lebih separuh hari puasa boleh terbatal dan tak pasal pasal kena ganti balik. bukan tak puasa je kena ganti balik ye.

tak memasal aku melalut. aku nak ajak kawan-kawan yang baca blog ni untuk mengimbau balik kenangan kita masa tahun lepas. ingat tak? kita sama-sama pakat buat majlis hari raya. yang menariknya kita buat juadah kita sendiri. yang tak baik tak payah sebutla kan. hehe. aku sendiri pun da lupa apa nama juadah yang kita sama-sama masak tu. zamzarina yang jadi ketua. masakan beliau memang di puji sedap. tapi macam kebiasaannya jadi ketua ada tekanan. sebenarnya tu la namanya pengalaman dan juga memori untuk masa akan datang.

mula memasak pagi kalau tak silap aku. haha. kantoi aku tak pergi mula-mula masak. tapi aku pegi jugak. pegi jenguk. haha. sempat la tolong-tolong tengok apa yang patut. kemudian kat atas pula kat makmal peta. ada antara kita yang tolong menyiapkan tempat untuk majlis pada malamnya. kalau di ingatkan balik pada jumaat malam tu (kalau tak silap la). kita duduk bersila kat bawah je. tradisional betul. tapi aku suka. duduk ramai-ramai melambangkan kita setaraf. tak ada yang di atas. tak ada yang di bawah. majlis yang berlangsung dengan jayanya tamat pukul 10 malam.

yang menariknya lagi. dalam majlis tu aiman yang pengerusi majlis tu. mintak hadirin yang hadir bagi ucapan. kat situ kita boleh tengok yang mana boleh spontan cakap. yang mana lari bila minta berucap. nasib baik aku tak kena.

ohh. sekarang ni memang masa untuk mengenang apa yang kita telah lakukan bersama. jadi sesiapa sahaja yang mahu berkongsi. boleh la terus tulis kat blog ni. dan sesiapa yang tak ada permission bagi tahu aku. insyaAllah ada masa aku invite. jadi dengan itu. jangan ponteng puasa. haha. sekian dari aku.

Mohd Khairudin Muhamed

3 comments:

fadzlin hasani said...

aku org 1st bg ucapan

josh said...

aku org 2nd bg komen kat sini.

Khairul Aiman Sahrom said...

aku y plg byk cakap..haha