20 August 2010

KITA

setelah selesai Majlis Konvokesyen ke-38
graduan geologi UKM 07/10 di rai di bangunan Geologi
tempat kita sama-sama belajar dahulu

Konvo: seumpama majlis pengiktirafan kelulusan kita
Skrol: hitam putih yang kita sudah dapat BSc Geologi (Kep).

dan sekarang kemana kita?


ada yang sambung belajar
ada yang telah mulakan kerjaya
ada yang duk termenung kat rumah masing
ada yang menanti untuk menamatkan zaman bujang
ada yang jadi pembantu pensyarah
ada yang mungkin bercita-cita jadi pensyarah
ada yang kat luar negara
ada yang tak ada..eh
ada yang macam-macam ada

kalau nak di ikutkan masa kita belajar sama-sama dulu. aku tak pernah terfikir pun. tak pernah terfikir apa yang akan kita ada. haha. macam dah makin pening je ayat aku. jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Allah yang maha Adil. punyai rancangan untuk setiap hambaNya. itulah yang di namakan qada' dan qadar Ilahi.

tahniah untuk yang sambung belajar. mungkin juga mereka bercita-cita untuk menjadi pensyarah. desas-desus kekurangan tenaga pengajar untuk kos Geologi bukan saja di rasai di UKM. malah juga di Universiti lain. seperti UMK yang baru sahaja membuka pengajian Geosains. kekurangan tenaga pengajar. jadi kawan-kawan yang bercita-cita jadi pensyarah. insyaAllah di permudahkan.

bagi yang telah memulakan kerjaya masing-masing. timbalah pengalaman sebanyak mungkin. sudah tidak ada lagi pensyarah yang memberi tugasan ataupun kuiz. tapi tetap ada tugasannya. tugasannya ialah menyiapkan kerja yang di beri. amanah tu. lakukan kerja itu dengan seikhlas hati. setiap perlakuan kita itu satu ibadat. insyaAllah. dengan berkat perlakuan kita itu, segala halangan/musibah yang melanda dapat ditangani dengan baik.

menamatkan zaman bujang. hm. menarik ni. bagi aku semua orang mahu. dan persoalannya adalah mampu atau tak untuk masa sekarang. dan aku yakin jika kita berkumpul semula dalam masa 10 tahun akan datang. mungkin masing-masing dah bawa pasangan hidup masing-masing. samada yang kita kenal sesama kita. ataupun yang kita langsung tak kenal. ataupun rakan satu sekolah kita dahulu. tapi walaumacamanapun, aku doakan semoga berbahagia. jaga pasangan hidup dengan sepenuh hati. balasan yang akan diterima juga adalah sama. tapi bagaimana dengan ilmu geologi yang telah kita pelajari? tak menjadi masalah. jika punyai umur yang panjang. kita masih boleh praktikkannya. kenapa? sebab kita masih muda. rata-rata umur kita sebaya sekarang. setakat beza umur 1-2 tahun tu apalah sangat. kan?

bagi yang duduk termenung kat rumah. mungkin sudah ada strateginya sendiri. mungkin juga menunggu masa yang sesuai untuk memulakan kerjaya. mungkin juga menunggu hari menjadi raja sehari. mungkin juga termenung di rumah sebab lama tak berada di rumah. jadi. gunakanlah masa yang ada untuk berada di rumah. tak kira apa yang ada. aku harap semoga berjaya dalam hidup. bahagia. gembira dan sentiasa ceria.

segala sakit hati atau kesalahan aku setelah membaca yang diatas. aku mohon maaf. langsung tak terlintas di fikiran aku untuk itu.

sekian dari aku. Mohd Khairudin Muhamed

0 comments: